Tuesday 19 July 2016

MENJAGA ALAT-ALAT KESELAMATAN WELDING

Baiklah, puas sudah Cik Shasha bercerita mengenai keselamatan ketikan melakukan proses welding. Sekarang adalah masa untuk kita menambah ilmu tentang langkah-langkah asas yang perlu untuk menjaga alat-alat keselamatan welding. Iyerlah, world class quality sekali pun sesuatu produk, tapi kalau tidak dijaga dengan baik, rosak juga. Oleh itu, sila baca apa yang Cik Shasha taipkan di bawah ini OKKK!! Tak banyak uoolsssss, sikit sahaja, budak tadika pun boleh baca dalam 5 saat..hehehe.

  • Sesetengah alat keselamatan boleh digunakan berulangkali seperti topi keselamatan, apron, pelindung kepala dan kasut keselamatan. Jika topi keselamatan telah rosak seperti retak atau terserpih ianya hendaklah ditukar dan tidak boleh digunakan lagi.
  • Pelindung kepala biasanya boleh bertahan lama tetapi cermin putih sering rosak akibat terkena percikan arka. Oleh itu cermin putih hendaklah selalu ditukar jika berlaku kerosakan.
  • Kasut keselamatan hendaklah diperiksa sama ada masih elok atau telah terkoyak. Tapak kasut juga hendaklah diperiksa untuk mengelak dari tergelincir. Jika tidak selamat hendaklah ditukar dengan kasut baru. Kasut hendaklah sentiasa bersih dari minyak dan bahan mudah terbakar.
  • Sarung tangan kulit hendaklah dijaga dengan baik. Jika ianya terkoyak ia akan mengganggu kepada pengimpal semasa bekerja. Pengimpal hendaklah pandai menggunakan sarung tangan supaya tangan tidak terbakar kerana bahagian tangan adalah yang terhampir dengan api arka.

Told YOU!! It is less than 5sec...No kidding! :)






PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE)




Untuk entri yang ini, Cik Shasha ingin berceloteh mengenai Kelengkapan Pelindung Diri atau selalu disebut sebagai PPE (Personal Protective Equipment). PPE digunakan untuk menjaga keselamatan diri daripada bahan-bahan yang boleh membahayakan kesihatan kita seperti bahan kimia, sinaran berbahaya, bunyi bising dan lain-lain. Walau bagaimanapun, jika alat perlindungan diri ini tidak digunakan dengan betul, fungsinya akan berkurangan. Alat perlindungan diri adalah benteng terakhir bagi menjaga keselamatan diri daripada bahan-bahan berbahaya yang tidak dapat dibendung oleh kelengkapan moden. Oleh itu, sila baca entri ini untuk memahami jenis-jenis kelengkapan diri ketika welding okk!!!
Þ     PERLINDUNGAN BADAN!!!
Baju Bengkel
Pakaian yang sesuai untuk kerja-kerja kimpalan ialah overall atau jaket kerana kainnya tebal dan melindungi badan atau anggota daripada percikan bunga api ( spatter )

Pelindung Mata ( Goggle )
Melindungi mata daripada sebarang kecederaan semasa melakukan kerja-kerja seperti mencanai dan pemotongan gas.

Penahan Habuk (Musk/Respirator)
Digunakan untuk menjaga pernafasan dan paru-paru daripada asap dan gas kimpalan

Peranti (Ear Plug)
Untuk menghalang bunyi yang kuat dari merosakl gegendang telinga dan mengurangkan kadar bunyi.

Tali Pinggang Keselamatan
Apabila seseorang pengimpal berada pada ketinggian 6 kaki atau lebih, pengimpal mestilah memakai tali pinggang keselamatan untuk menahan dari terjatuh jika terjadi perkara yang tidak diingini.

Þ     PERLINDUNGAN KAKI!!!
Kasut Keselamatan (Safety Boot)
Gunakan kasut yang tahan lasak atau kasut keselamatan. Kebiasaan kasut keselamatan dibuat dengan kulit dan bahagian hadapannya terdapat satu besi untuk menghalang kaki dari tersepit apabila terjatuh sesuatu beban. Kadar kekuatan besi itu biasanya dapat menampung beban 1 hingga 5 tan.

Apron Kulit (Leather Apron)
Melindungi bahagian hadapan badan dan baju keselamatan daripada percikan bunga api dan sangga semasa kerja-kerja mengimpal dijalankan

Þ     BAHAGIAN TANGAN!!!
Pelindung Lengan (Arm Cover/Sleeve)
Melindungi bahagian lengan atau tangan daripada percikan bungan api dan sangga serta mengelakkan baju bengkel berlubang pada bahagian tersebut.

Sarung Tangan Kulit (Leather Glove)
Sarung tangan kulit digunakan untuk melindungi bahagian tangan daripada terpegang benda panas, tajam atau terkena percikan bunga api semasa kerja-kerja kimpalan dijalankan. Jenis-jenis pelindung tangan seperti berikut:
Jenis twill – kain kapas
Chrome leather glove – untuk kerja panas
Jenis getah – kerja yang melibatkan asid/bahan kimia
Jenis asbestos – untuk kerja-kerja yang sangat panas


Þ     PERLINDUNGAN KEPALA!!!
Pelindung Muka (Hand Shield/Head Shield)
Untuk melindungi bahagian muka daripada terkena percikan api serta bahan panas daripada nyalaan arka kerana ia akan merosakkan kulit muka.

Topi Keselamatan (Safety Helmet)
Untuk melindungi bahagian atas kepala dari terjatuh benda tajam dan keras. Topi keselamatan mestilah dari jenis yang diluluskan.