Monday, 18 July 2016

THINK SAFETY! IT COULDN’T HURT!!


Hello cantik-cantik dan abang hensem semua. Topik kali ini, Cik Shasha nak terangkan mengenai perkara asas yang perlu dititikberatkan ketika berada di bengkel kimpalan untuk menjamin KESELAMATAN uollsss semua dan mengelakkan kemalangan daripada berlaku. Yela, nanti tak pasal-pasal, patah tangan..terbakar kulit...haaaa GAME OVER!! Ok cukup celoteh merapu now apa itu KESELAMATAN secara amnya dan kenapa kita perlu menjadikan KESELAMATAN SEBAGAI BUDAYA KERJA?

Keselamatan ditempat kerja khususnya dibengkel kimpalan perlu diambil berat oleh setiap pelatih. Ia adalah penting bagi menjamin keselamatan dan kesihatan diri terpelihara. Dari segi keselamatan, kepentingannya adalah dapat mengelakkan diri dari risiko tercedera dah lebih buruk lagi melibatkan kematian. Kepentingan dari aspek kesihatan merangkumi ergonomic, pendengaran dan gangguan pernafasan melibatkan  kualiti udara kotor dengan asap kimpal. Malangnya aspek-aspek keselamatan tidak dititikberatkan. Nak tahu apa yang lebih malang lagi, pelatih/pekerja sendiri masih belum sedar tentang keselamatan diri masing-masing.

Baiklah, setelah penerangan panjang lebar Cik Shasha di atas, secara ringkas apakah Langkah-langkah Keselamatan di Bengkel Kimpalan yang perlu setiap pelatih tahu:
  • Memakai pakaian keselamatan (Personal Protective Equipment, PPE) termasuk perlindungan telinga, google, perlindungan muka, kasut keselamatan dan sarung tangan kulit.
  • Memeriksa mesin yang hendak digunakan dalam keadaan baik dan berfungsi. Pastikan butang keselamatan berfungsi. Laporkan kepada penyelia bengkel setiap mesin yang rosak.
  • Pastikan pengudaraan yang baik semasa menjalankan proses mengimpal dan gas berbahaya dari proses kimpal dapal dialirkan keluar (exhausted) melalui salur pengudaraan (fume extracto).
  • Pengendalian bahan kerja kimpal perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan. Gunakan peralatan yang sesuai untuk mengalihkan bahan kerja yang panas.
  • Pastikan persekitaran kerja dalam keadaan selamat. Susunan cable kemas dan tidak mendatangkan bahaya semasa melakukan proses mengimpal.


 
Personal Protective Equipment (PPE)



Dah baca semua? Paham? Boleh ikut ke tidak? Wajib ikut semua langkah-langkah asas yang Cik Shasha terangkan OK!! Penting sebenarnya untuk mengikut langkah-langkah asas ini demi menjamin keselamatan dan kesihatan diri. Langkah-langkah asas yang tidak memakan masa yang lama ini dapat menghindarkan dari berlaku kemalangan maut. Ingat semua, THINK SAFETY, IT COULDN’T HURT!!









No comments:

Post a Comment