Tuesday, 19 July 2016

KENALI JENIS-JENIS API DAN ALAT PEMADAM API

Kebakaran berlaku akibat wujudnya gabungan 3 unsur iaitu oksigen, api dan bahan bakar. Kebakaran di bengkel kimpalan boleh berlaku dengan banyak sebab kerana proses kimpalan itu sendiri.
Oleh yang demikian, amat penting untuk pelatih megenali jenis-jenis api dan cara menggunakan setiap alat pemadam api.

Jenis-Jenis Api!!!!


i.   Api Kelas A
     - melibatkan benda-benda pepejal dan mempunyai sifat-sifat organik ( mengandungi karbon). Pembakaran menghasilkan bara api seperti kayu,kertas dan kain. Boleh dipadam dengan air.

ii.   Api Kelas B
      - kebakaran yang berpunca dari minyak,gris dan cat. Pembakaran menghasilkan wap ke atas bahan bakar. Boleh dicegah dengan karboh dioksida. Jika air digunakan ia akan menimbulkan minyak di atas air dan api akan merebak. Cara paling berkesan gunakan selimut basah.

iii.  Api Kelas C
      - Api yang terhasil dari kebocoran gas. Boleh dipadamkan dengan mematikan punca bekalan atau menampal kebocoran.

iv.   Api Kelas D
       - Api yang disebabkan oleh logam yang mempunyai bahan kimia seperti besi phosporus, magnesium, gas asitilin dan sebagainya.











Alat Pemadam Api








Jenis pemadam api, kegunaan dan cara penggunaan....
























Sayings...

Sharing the word with LOVE!!


Most things are forgotten over time. Even the war itself, the life-and-death struggle people went through is now like something from the distant past. We’re so caught up in our everyday lives that events of the past are no longer in orbit around our minds. There are just too many things we have to think about everyday, too many new things we have to learn. But still, no matter how much time passes, no matter what takes place in the interim, there are some things we can never assign to oblivion, memories we can never rub away. They remain with us forever, like a touchstone…..


Hence, below Quotes whom I keep closely to heart as remedies during my own fleeting moment. Sharing is Sexy People! J
















How do you feel after reading it?? Motivated as inferno?? Yeaaa, I feel YOU! I know…I know!! There are things in life happen for a reason but u can't explain n time has failed u..That complicated undefinable something BUT Heaven YES PEOPLE!!!! ALWAYSSS!! Stand tall smile bright, and let them wonder what secrets making you laugh!

Note: None of the images above belong to me. I goggled it & paste it here.





Monday, 18 July 2016

APPLY FIRST AID TREATMENT FOR MINOR INJURIES (MINOR BURN)



Umum mengetahui, proses kimpalan merupakan aktiviti yang berbahaya sekiranya aspek keselamatan tidak dipatuhi. Pelatih di bengkel kimpalan sentiasa terdedah kepada kcederaan dan renjatan elektrik. Pelatih dan pengajar sendiri mesti faham tentang langkah-langkah kecemasan yang perlu diambil untuk menyekat keparahan sebelum bantuan atau rawatan perubatan secara professional diberikan.

Oleh itu, entri kali ini Cik Shasha akan kongsikan ilmu mengenai pertolongan cemas untuk minor injuries (kulit terbakar tahap satu dan dua).


Terbakar Tahap Satu


  • Terbakar tak teruk
  • Melibatkan epidermis
  • Kelihatan merah dan bengkak
  • Terasa sakit
  • Rawatan – sebagai terbakar minor
  • Dianggap lebih serius jika melibatkan tangan, kaki, sendi muka, kemaluan dan punggung.

Terbakar Tahap Dua

  • Melibatkan dermis
  • Terbentuk gelembung air-melepuh
  • Merah bengkak dan sakit
  • Jika Cuma 3 hingga 5cm-rawat sebagai terbakar minor
  • Dianggap lebih serius jika melibatkan tangan, kaki, sendi muka, kemaluan punggung.

Rawatan Terbakar Minor!!
  • Terbakar tahap satu dan dua <5cm
  • Sejukkan dengan air paip mengalir. JANGAN GUNA AIS!!
  • Losyen antibiotic dan pelembap
  • Dressing-gunakan gause dan pembalut
  • Analgesik-paracetamol, ponstan
  • Jangan pecahkan kulit melepuh
  • Dapatkan rawatan professional jika perlu.